Apakah itu akal dan apakah itu wahyu. Siapakah yang memberikan akal dan kepada siapa pula ianya diberi? Begitu juga dengan wahyu, siapakah yang menurunkan wahyu dan kepada siapa serta untuk siapa wahyu itu?
Secara lahiriahnya, manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah s.w.t. Mempunyai pancaindera yang serba lengkap yang tidak perlu di pertikaikan lagi.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk (kejadian) yang sebaik-baiknya." Surah At Tiin Ayat 4.
Dalam membezakan antara manusia dengan makhluk lain ciptaanNya, manusia diberikan oleh Allah sejenis makhluk yang di panggil AKAL. Al-Quran menafsirkan akal itu sesuatu yang sangat berguna kepada manusia. FirmanNya yang bermaksud:
"Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran." Surah Az Zumar Ayat 9. Ini memberi gambaran kekuasaan Allah s.a.w yang maha AGONG dan maha MENCIPTA. Akal bukan sahaja mampu memikirkan apa yang sediada atau yang wujud atau maujud di hadapan mata malah ianya melangkaui batasan kepada perkara-perkara yang belum wujud. Ianya juga boleh melangkaui alam ghaib kerana sepertimana yang dinyatakan di atas tadi bahawa ianya adalah pemberian Allah s.w.t kepada makhlukNya yang bernama manusia maka sudah tentulah ianya mempunyai hubungan dengan penciptanya.
Allah meletakkan akal ini kepada manusia agar manusia itu dapat berfikir untuk mengenali siapakah diri mereka, dari mana mereka datang dan kemana mereka akan pergi. Akal juga akan memandu manusia untuk mengenal ALLAH yang menciptanya dan apakah tujuan Allah menjadikan mereka sebagai khalifah di muka bumi yang juga di cipta oleh NYA.
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." Surah Ali Imran Ayat 190
0 Comments:
Post a Comment
<< Home